AUDUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

40

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $0.7186 ke paras terendah harian sekitar $0.7147, sebelum menutup sekitar paras $0.7180; setelah pasaran AS dan UK bercuti Isnin semalam. Sebelum daripada itu, Pengerusi Feds Janet Yellen mengatakan bahawa Federal Reserve AS telah mempertimbangkan kenaikan kadar tidak lama lagi, dalam satu acara Radcliffe Day di Massachusetts.

Dana lindung nilai dan lain-lain spekulator besar meningkatkan pertaruhan untuk Dollar sebanyak 78,083 kontrak pada minggu berakhir 24 Mei, peningkatan terbesar sejak November, untuk kedudukan belian bersih sebanyak 67,430 kontrak, menurut data dari Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan dan Komoditi (CFTC) AS.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bersidang pada 14-15 Jun, apabila ia akan mempertimbangkan kenaikan kadar yang kedua selepas kenaikan pertama selepas tujuh tahun pada bulan Disember tahun lepas. Menurut ‘Business Insider’ kenaikan kadar jangka pendek yang berpotensi daripada Feds AS, sesuatu yang menyebabkan Dollar AS mengukuh beberapa minggu lalu, menyaksikan trader FX terus mengurangkan pertaruhan mereka dalam mencari kekuatan Dollar Australia.

Menurut ANZ, memetik laporan Komitmen Traders terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan dan Komoditi (CFTC) AS; kedudukan belian bersih Dollar Australia yang dipegang oleh pelabur leveraj jatuh sebanyak 12,700 kontrak pada minggu lepas, atau sekitar $1 bilion.

Hari ini Australia bakal melaporkan kelulusan pembinaan bangunan untuk bulan April yang dijangka merudum kepada -2.8% daripada 3.7% pada bulan Mac.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan keyakinan pengguna yang dijangka meningkat dari 94.2 mata kepada 96.1 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat