Aussie Masih Berlegar di Puncak Tertinggi Sejak Awal Tahun Ini!

65

US Dollar terperangkap berhampiran paras terendah dalam tempoh seminggu berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat selepas data ekonomi yang kukuh gagal untuk meningkatkan hasil perbendaharaan AS.

US Dollar Index direkod pada 100.570 dalam sesi ini.

Index itu telah melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh satu bulan seawall Rabu selepas Janet Yellen menyokong pengukuhan US Dollar berikutan jangkaan kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat. Pasaran juga menyaksikan data yang agak kukuh daripada data inflasi dan jualan runcit di AS.

Petunjuk seterusnya yang dikeluarkan pada Khamis juga menunjukkan peningkatan yang lebih positif ke atas ekonomi AS dengan indeks pembuatan Philadelphia yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 33 tahun.

Namun begitu, data yang mantap tersebut tidak mampu meningkatkan hasil perbendaharaan yang telah melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 3 minggu sebelum ini.

Menurut Junichi Ishikawa, ahli strategi forex kanan di IG securities, Dollar telah mengaut keuntunagn berganda minggu ini. Walau bagaimanapun pasaran masih dinilai mempunyai keyakinan yang agak goyah terhadap ekonomi terbesar dunia tersebut. Ini juga menunjukkan bahawa pasaran masih cuba mencerna semua pendekatan perdagangan yang akan menyokong US Dollar.

Euro juga menyentuh paras terendah kepada $1.0668 dalam sesi ini.

Sementara itu, matawang Sterling mencatat dagangan yang sedikit berubah kepada $1.2482 manakala Aussie meneruskan dagangan mantap bagi tahun ini berhampiran puncak tertinggi dalam tempoh tiga minggu berikutan dalam pekerjaan yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat