Bacaan NFP Jauh Panggang Dari Api,Reaksi Pasaran Tidak Menentu!

2,793

Tanpa dijangka, bacaan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang diharapkan meningkat dengan kukuh pada bulan Mei telah mengecewakan pasaran sekali lagi dan sekali gus membenam dagangan US dolar lebih rendah.

Pada hari ini, Jabatan Buruh A.S baru sahaja mengeluarkan data terkini perkerjaan bulan Mei yang dinanti oleh para peneliti. Berdasarkan laporan pekerjaan kerajaan yang terkini, data pekerjaan masih mencatat pemulihan walaupun tidak seperti yang diharapkan dengan bacaan NFP meningkat sebanyak 559,000.

Walaupun begitu angka ini jauh tersasar daripada apa yang dijangkakan oleh para pakar ekonomi. Berdasarkan soal selidik Dow Jones, pakar ekonomi mensasarkan data NFP akan catat kenaikan sebanyak 671,000. Walaubagaimanapun, Kadar pengangguran turun kepada 5.8% daripada 6.1%, yang lebih baik daripada anggaran 5.9%.

Kekecewan yang berlaku pada bulan April diteruskan pada bulan Mei. Data bulan April disemak semula iaitu pada 278,000 masih jauh dari anggaran awal iaitu 1 juta.

Data NFP  setakat ini belum memberi kesan ketara terhadap pasaran saham. Pasaran saham niaga hadapan masih mencatat peningkatan dengan para pelabur terus bertaruh bahawa kadar kenaikan pekerjaan yang diukur akan menjadikan Federal Reserve tidak menaikkan kadar faedah dan mengetatkan dasar monetari.

Pengurangan kes Covid-19 dan program vaksinasi yang berterusan telah mendorong para pemimpin melonggarkan sekatan yang dikenakan. Ekonomi telah bertumbuh pada kadar 6.4% pada suku pertama dan berada pada landasan yang tepat untuk meneruskan pertumbuhan.

Ekonomi A.S setakat ini telah mencatat pemulihan pekerjaan sekitar 14.3 juta daripada 22 juta pekerjaan yang hilang sejak penularan pandemik ini.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain terus susut sebanyak 0.21% kepada paras tukaran 90.31 setakat jam 9.00 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat