Bakal Bergabung Dengan Digi, Saham Axiata Meningkat

229

Saham Axiata Group Bhd di Bursa Malaysia meningkat semasa awal dagangan pagi tadi, didorong oleh perkembangan positif mengenai cadangan penggabungannya dengan Digi.com Bhd yang dijadualkan ditandatangani pada akhir bulan ini.

Pada 9.39 pagi, saham itu naik 4.0 sen kepada RM3.96 dengan 440,000 saham bertukar tangan.

Dalam laporan semalam, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Izzaddin Idris berkata, Axiata dan firma Norway, Telenor Group telah melengkapkan aspek penilaian wajar yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak.

Jelas beliau, kedua-dua pihak kini dalam proses memuktamadkan perjanjian itu dan berharap ia dapat dimeterai dalam tempoh terdekat, sama ada beberapa hari atau seminggu, bergantung kepada usaha meleraikan beberapa isu berkaitan.

“Sepertimana diumumkan pada 8 April lalu, perbincangan mengenai penggabungan itu dapat dimuktamadkan menjelang akhir suku kedua tahun ini. Oleh itu, kami masih mempunyai kira-kira 15 hari lagi untuk mengetengahkan hasilnya,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-29 Axiata secara maya semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat