Bank Dunia Potong Ramalan Ekonomi Global 2023!

352

Bank Dunia terus melihat prospek yang suram dalam pertumbuhan global dengan menurunkan unjuran untuk kebanyakan negara.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) global mungkin hanya berkembang 1.7% tahun ini, kira-kira separuh lebih rendah daripada unjuran yang dibuat pada Jun sebanyak 3%.

Ini bakal menjadi prestasi ketiga terburuk dalam tempoh tiga dekad selepas penguncupan pada 2009 dan 2020, menurut organisasi itu.

Pelarasan itu turut menyaksikan penurunan taraf yang ketara kepada prospeknya untuk ekonomi Amerika Syarikat yang diramalkan mencatat pertumbuhan hanya 0.5% daripada anggaran awal 2.4%.

Sementara unjuran pertumbuhan China juga dikurangkan daripada 5.2% kepada 4.3%, Jepun daripada 1.3% kepada 1%, Eropah dan Asia Tengah merosot daripada 1.5% kepada 0.1%.

Bank Dunia berkata pertumbuhan global telah menjadi perlahan sehingga ke tahap ekonomi global hampir jatuh ke dalam kemelesetan.

Pengetatan dasar monetari global yang pantas dikaitkan sebagai punca di sebalik pertumbuhan yang lembap.

Organisasi kewangan global itu turut mengurangkan ramalan untuk 2024 lebih rendah, iaitu kepada 2.7% daripada anggaran awal untuk berkembang 3%.

Tambah Bank Dunia, pemulihan China daripada pembukaan semula Covid-19 bakal menjadi ‘pembolehubah utama’ kepada prospek pertumbuhan global yang seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat