Bank of America : 10 Saham Yang Dijangka Akan Selamat Dari Perang Dagang!

292

Pembukaan pasaran pada minggu ini telah dikejutkan dengan tindakan Presiden Donald Trump yang ingin meningkatkan tekanan terhadap China dengan mengancam kenaikkan kadar tarif. Trump telah mengancam menaikkan tarif terhadap barangan China bernilai $200 bilion dan mensasarkan tambahan beberapa ratus bilion lagi untuk kenaikan seterusnya.

Kemudian, China pula membalasnya dengan mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap barangan Amerika Syarikat yang bernilai $60 bilion dolar, dalam ucapan Menteri Kewangan pada Isnin, sebagai tindakan balas terhadap Amerika Syarikat yang telah menaikkan kadar tarif pada Jumaat lalu.

Sentimen rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China terus menambahkan kegelisahan para pelabur terutamanya pelabur saham Amerika Syarikat.

Menerusi perkembangan sentimen yang semakin mengkhuatirkan, Bank of America telah mengeluarkan 10 cadangan saham yang mungkin akan mampu bertahan daripada perang dagang antara 2 negara ekonomi besar ini jika ia meledak sepenuhnya. 10 saham yang dicadangkan merupakan saham yang memiliki jualan luar negara 0% dan sensitiviti yang rendah terhadap perubahan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat.

Saham yang dipilih oleh Bank of America ialah:

  1. SVB Financial Group (SIVB); Financials
  2. BB&T Corporation (BBT); Financials
  3. FirstEnergy Corp. (FE); Utilities
  4. Duke Realty Corp. (DRE); Real estate
  5. Lennar Corp. (LEN); Consumer Discretionary
  6. HCP Inc. (HCP); Real Estate
  7. Kohl’s Corp. (KSS); Consumer Discretionary
  8. Boston Properties Inc. (BXP); Real Estate
  9. Carmax Inc. (KMX); Consumer Discretionary
  10. Regency Centers Corp. (REG); Real Estate

Walaubagaimanapun, para pelabur seharusnya melakukan kajian lebih lanjut sebelum melabur dalam saham-saham berikut dan untuk para pelabur muslim harus memastikan adakah saham-saham di atas adalah patuh syariah atau tidak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat