Bank Pusat England (BOE) Ambil Keputusan Drastik Dengan Umumkan Pengurangan Kadar Faedah!

286

Bank of England (BoE) telah mengambil keputusan drastik pada hari ini dengan mengumumkan pemotongan kadar faedah kecemasan sebagai langkah untuk menghadkan impak penularan wabak koronavirus terhadap ekonomi.

BoE telah mengikut jejak langkah Rizab Persekutuan A.S (The Fed) pada minggu lepas yang mengambil keputusan drastik dengan pengumuman pengurangan kadar faedah. Wabak Koronavirus atau COVID-19 yang dipercayai bermula dari China telah merebak di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua ekonomi utama, dengan ditambah pembatalan penerbangan, pembelian panik dalam pasaran dan langkah kuarantin yang ketat dalam kebanyakkan kes. Pada hari ini UK telah mencatat sebanyak 382 kes yang disahkan jangkitan COVID-19 termasuk menteri kesihatan negara Nadine Dorries.

“Pada mesyuarat khas yang berakhir pada 11 Mac 2020, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah sebulat suara untuk mengurangkan Kadar Bank sebanyak 50 mata asas kepada 0.25%,” kata Bank of England dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

Dalam masa yang sama, bank pusat juga mengumumkan skim pembiayaan jangka panjang untuk membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana serta langkah-langkah baru untuk membantu pemberian kredit bank perdagangan.

“Berikutan penyebaran Covid-19, harga aset dan komodit telah menurun dengan ketara, dan hasil bon kerajaan mencapai paras terendah sepanjang masa, selaras dengan kemerosotan yang ketara dalam selera risiko pasaran dan dalam unjuran pertumbuhan global dan UK,” kata BOE dalam satu kenyataan, dan menambah bahawa “indikator pasaran kewangan masih dalam ketidakpastian telah mencapai paras yang membimbangkan.”

Matawang Sterling menyusut sejurus selepas keputusan BoE daripada $1.293 kepada $1.289 setakat ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat