Bank Pusat England Ingin Mengurangkan Kadar Faedah Sehingga Sifar? Ini Pandangan Pakar!

370

Analisis yang dikeluarkan oleh Penyelidikan Global Bank of America menunjukkan Bank of England (BoE) dijangka akan menurunkan kadar faedah utamanya menjadi sifar pada bulan November dan berkemungkinan ia akan diturunkan ke paras negatif pada tahun hadapan.

Langkah penurunan kadar faedah akan diringi dengan langkah pakej rangsangan iaitu pembelian aset bernilai 100 billion-pound ($131 billion) sehingga pertengahan 2021. Pandangan ini diutarakan oleh beberapa pakar ekonomi dalam laporan yang diterbitkan pada hari ini. Dalam masa yang sama, Bank Pusat juga dilaporkan mengatakan bahawa kadar faedah negatif mungkin diperlukan,

Menurut penganalisis Bank of America, berdasarkan risiko pada masa akan datang, kebarangkalian penurunan kadar bank BoE negatif pada tahun hadapan ialah sebanyak 50%.

Walaubagaimanapun, prospek kadar faedah negatif ini mendapat tantangan daripada bekas gabenor BoE. Mark Carney namun sejak krisis Covid yang memberi impak besar terhadap ekonomi UK telah mendorong bank pusat untuk menurunkan kadar faedah ke tahap terendah,

Para pembuat polisi dijangka tidak akan membuat apa-apa perubahan pada mesyuarat minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat