Bank Pusat Jepun Mengekalkan Kadar Pada -0.10 Peratus

50

Pukul 11 pagi tadi ahli lembaga Bank of Japan membuat penetapan polisi bagi polisi monetary seperti berikut dengan undian 7-2.

  • Bank Pusat Jepun ini mengekalkan kadar faedah negatif (-0.10%)
  • Dalam usaha untuk mengawal yield curve control (pengawalan keluk hasil), bank pusat akan terus membeli bon kerajaan supaya hasil kepada 10 year JGB ini kekal pada kadar 0.00%.

Bank of Japan tidak lagi menjalankan cetakan wang tetapi akan meneruskan pembelian bond kerajaan sebanyak 80 trilion yen setahun.

Pada pembentangan laporan suku tahunan, Bank pusat mengurangkan ramalan inflasi konsumer kepada tahun 2018. Hal ini menunjukkan bank pusat masih mengalami kesukaran untuk mencapai target inflasi 2.00%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat