Bank Pusat UK (BoE) Beri ‘Green Light’ Untuk Kadar Faedah Negatif!

328

Laporan terkini melaporkan bahawa Bank Pusat UK (BoE) sedang membuat persediaan termasuk mempertimbangkan kadar faedah negatif berikutan peningkatan risiko yang semakin ketara. Dilaporkan bahawa para pembuat dasar telah diberi penerangan tentang bagaimana untuk mengurangkan kadar faedah dibawah sifar ketika ekonomi bergelut dengan peningkatan dalam kes Covid-19, pengangguran dan kejutan perjanjian Brexit.

UK mengalami penguncupan ekonomi terbesar di antara negara-negara G7 pada suku kedua dengan kemerosotan 20%. Sepertimana bank pusat yang lain di seluruh dunia, BoE sedang mengkaji cara terbaik untuk menangani kemelut ekonomi yang sedang berlaku.

Pada hari Rabu, Federal Reserve (The Fed) telah mengumumkan keputusan mereka untuk mengekalkan kadar faedah rendah untuk jangkaan tiga tahun akan datang.

Bank pusat menjangkakan peningkatan inflasi akan mengambil masa bertahun-tahun. Oleh itu, ia bersedia untuk membiarkan dasar monetari tidak berubah dan berjanji mengekalkan kadar faedah sehingga mencapai sasaran pekerjaan penuh.

Atas dasar itu juga, kebanyakkan para penganalisis mengatakan bahawa mereka menjangkakan BoE akan meningkatkan jumlah pembelian bonnya pada bulan November.Pada harini, MPC telah diberi penjelasan tentang bagaimana kadar faedah negatif dapat dilaksanakan secara efektif jika prospek inflasi dan output menepati piawaian.

Matawang pound sterling menyusut mendadak sebanyak 0.5% berbanding US dolar setelah pengumuman itu diumumkan

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat