Bank Terbesar Singapura Nak Tawarkan Pelaburan Kripto?

576

Bank terbesar Singapura, DBS Bank umumkan produk terbaharu iaitu penawaran perdagangan mata wang kripto untuk pelabur runcit, seawal-awalnya pada hujung tahun ini.

Sebagai rekod, sebelum ini DBS Bank telah pun tawarkan pelaburan yang sama kepada pelabur institusi pada Oktober 2020.

Sebelum meluaskan lagi penawaran perdagangan aset digital kepada pelabur runcit, banyak aspek yang ditimbang kira dan salah satunya adalah menfokuskan kepada kesesuaian pelaburan dan ruang-ruang potensi penipuan.

Buat masa sekarang, pengguna DBS Bank perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pembelian terhadap mata wang kripto.

Difahamkan pihak DBS Bank sedang berusaha untuk menubuhkan platform pertukaran kripto sama seperti Binance.

Namun, masih belum jelas sama ada pengguna dibolehkan untuk memindah aset mereka ke dalam wallet digital.

DBS Bank bukanlah bank pertama yang menyokong pasaran kripto.

Sejak awal lagi beberapa institusi perbankan dunia di Asia Tenggara telah pun mengorak langkah dalam pelaburan kripto.

Bermula dengan Siam Commercial Bank, Thailand sejak tahun lepas dan diikuti dengan Union Bank, Filipina pada bulan lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat