Banyak Faktor Yang Menjadikan Matawang Utama Dalam Sesi Asia Berubah Sekelip Mata!

47

Aussie melemah dalam sesi Asia pada Khamis berikutan pasaran sedang mencerna keputusan kajian dasar oleh Fed. Selain itu, pasaran juga mengambil langkah berhati-hati sementara menanti pilihanraya AS yang bakal berlangsung minggu depan.

AUD/USD merosot 0.13%, manakala USD/JPY meningkat 0.08%.

Data imbangan perdagangan bagi bulan September juga mencatat angka defisit sebanyak A$1.227 billion kurang daripada jangkaan awal pasaran.

Fed melaporkan kadar dikekalkan pada tahap yang sama sehingga akhir tahun ini sama seperti jangkaan pasaran. Pun begitu, Fed dikatakan tidak memberi gambaran yang jelas untuk peningkatan kadar pada bulan Disember.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengundi sebanyak 8-2 dalam pertemuan kali ini bagi sokongan untuk menaikkan kadar dari 0.25% kepada 0.50%. Sebelum ini, Fed telah menaikkan kadar hampir setahun yang lepas iaitu pada Disember 2015.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 97.45 dalam sesi ini.

Terdahulu di Australia, Indeks perkhidmatan AIG bagi bulan Oktober dicatat meningkat.

Semalam, US Dollar kekal melemah selepas keputusan Fed dan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Firma pemprosesan gaji ADP pula melaporkan pada hari Rabu bahawa data pekerjaan swasta meningkat sebanyak 147,000 pada bulan lalu sedangkan ramalan awal menjangkakan peningkatan sebanyak 165,000.

Para pelabur juga kekal berhati-hati selepas laporan FBI Jumaat lalu terhadap e-mel peribadi milik  Hillary Clinton terus menambah tekanan menjelang pilihanraya presiden 8 November nanti.

Saksikan Berita-Berita Sepanjang Minggu Ini Untuk Merancang Trading Anda!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat