Bearish! EUR/USD Menjunam 140 Pips Menjelang FOMC!

251

Sentimen pasaran kembali berisiko dengan beberapa faktor yang menghimpit dan memberi kelebihan semula kepada dagangan safe-haven termasuk mata wang US dolar.

Situasi ini dilihat kembali selari dengan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk mengekalkan langkah pengetatan dasar berdepan inflasi yang tinggi dengan risiko kemelesetan ekonomi.

Sementara perkembangan di Eropah semakin kritikal berkenaan isu tenaga di mana Jerman melaporkan syarikat gas gergasi Rusia, Gazprom menghadkan bekalan gas ke Eropah berbanding kapasiti normal sebelum ini.

Ini telah mendorong keputusan untuk negara-negara Eropah mengurangkan penggunaan gas pada musim sejuk, dengan sasaran pengurangan 15% untuk 6 bulan mendatang.

Ditambah US dolar yang mengukuh, Euro dilihat mengalami penyusutan nilai lebih ketara pada Selasa semalam berbanding pergerakan mendatar yang dipaparkan sejak minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar di paras rintangan 1.02400 semalam telah menjunam hampir menyentuh paras 1.01000 pada zon RBS (resistance become support) tersebut dengan penurunan harian sekitar 140 pips dicatatkan.

Setelah pergerakan mendatar di awal minggu, harga telah mula menunjukkan isyarat perubahan trend bearish selepas penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Sekiranya US dolar mengekalkan pengukuhan menjelang mesyuarat FOMC, harga bakal menyambung penurunan lebih rendah melepasi 1.01000 untuk menuju ke zon support pada 1.0000.

Sebaliknya jika harga melonjak semula berkemungkinan selepas reaksi keputusan mesyuarat FOMC, harga bakal kembali menguji rintangan pada 1.02400 sekali lagi.

Dan tidak mustahil lonjakan bertenaga harga boleh menembusi paras ketinggian 1.03000 dan seterusnya akan mensasarkan kenaikan ke paras terbaru menuju zon 1.04000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat