US Dollar didagang menjunam berbanding matawang utama pada hari Khamis selepas Fed gagal meletakkan komen yang lebih agresif terhadap kenaikan kadar selanjutnya tahun ini.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain menjunam sebanyak 0.14 peratus kepada 101.22.
Semalam, Fed telah menaikkan kadar sebanyak 0.25 peratus daripada 0.75 peratus kepada 1.00 peratus. Disamping itu, Fed juga meletakkan unjuran yang sama dengan jangkaan dua lagi kenaikan tahun ini.
Matawang Greenback juga terus didagang lebih rendah selepas beberapa laporan ekonomi gagal untuk menghentikan terjunan turun matawang gergasi yang berlegar di paras terendah dalam tempoh lima minggu.
Tuntutan pengangguran awal mingguan dilaporkan menurun kepada 241,000.
Dalam masa yang sama, data perumahan juga dicatat meningkat manakala indeks Fed Philadelphia dikeluarkan mengatasi ramalan sebanyak 32.8 bagi bulan Mac.
Dalam sesi ini juga, matawang pound mula dikeluarkan melonjak berbanding US Dollar ke paras yang tertinggi dalam tempoh dua minggu selepas Bank of England meletakkan kadar pada paras yang sama.
Ini Pesanan Untuk Yang Sudah Trade Forex Hampir 5 Tahun, Tapi Masih Tak Profit Lagi