Beberapa Pengurus Syarikat Termasuk Siemens dan BMW Akan Iringi Pertemuan Merkel dan Trump

50

Menurut sumber-sumber yang biasa dengan Reuters, beberapa Pengurus Syarikat Jerman termasuklah kumpulan kejuruteraan Siemens dan BMW akan mengiringi Canselor Angela Merkel bagi menemui Presiden Donald Trump minggu ini.

Polisi “America First” dan ancaman tarif terhadap barangan import telah meletakkan tekanan buat jumlah pekerja Amerika yang ramai di Jerman.

Kereta api turbin milik kumpulan Siemens menggaji lebih daripada 50,000 orang Amerika Syarikat sebagai pasaran tunggal terbesar dan menyumbang sehingga 21 peratus daripada jumlah pendapatan. Sementara itu, Kilang BMW di South Carolina pula merupakan kilang yang terbesar di dunia.

Trump dijadual akan bertemu Merkel, iaitu pemimpin yang paling lama berkhidmat di Eropah buat kali pertama pada minggu ini.

Sebelum ini, Merkel menyifatkan bahawa perdagangan bebas merupakan sesuatu yang penting bagi AS dan Eropah. Ucapan itu disampaikan oleh beliau kepada pemimpin-pemimpin perniagaan di Munich.

Canselor Jerman tersebut sememangnya terkenal dengan tradisi untuk membawa kumpulan pemimpin perniagaan bersama-sama bagi mengiringi perjalanan ke negara-negara penting. Selain mereka, Ketua Eksekutif pembuat ball-bearings, Schaeffler juga dijangka akan turut serta dalam pertemuan itu.

Pertemuan dengan Trump dijadual akan berlangsung selama sejam.

Berlin dan pentadbiran AS sebelum ini mengalami sedikit ketegangan apabila penasihat kanan Trump menuduh Jerman mengaut keuntungan yang tidak adil daripada kelemahan matawang Euro. Trump juga pernah mengamcam untuk mengenakan 35 peratus tarif ke atas kenderaan yang diimport.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan terbesar bagi Jerman sehingga mencecah jumlah keseluruhan sebanyak 107 Billion Euro tahun lepas. Namun begitu, jumlah eksport hanya sebanyak 58 Billion Euro.

Britain Kini Menghampiri Ambang Rundingan Yang Amat Penting Buat Negara!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat