Barangkali golongan ahli politik Amerika Syarikat (AS) tidak berkongsi pendapat yang sama tentang matawang kripto, misalnya yang terbaru bekas bendahari negara itu Rosie Rios menyebelahi Ripple dengan memuji penggunaan XRP.
Dalam twit terbarunya pada hari ini, Rios mendakwa XRP memainkan peranan penting dalam melancarkan pembayaran rentas sempadan, membezakan ia dengan aset-aset kripto lain yang hanya bergantung kepada spekulasi.
XRP’s primary purpose is facilitating cross border payments while other #Cryptos find their value in speculation. China’s latest move brings this point home. #Ripple #ripplenet #Bitcoin
— Rosie Rios (@RosieRios) September 26, 2021
Tidak cukup dengan itu, figura ini turut mendakwa sekatan China sejak dulu akhirnya mewujudkan perbezaan yang sebelum ini tidak ditekankan.
Rata-rata pengikutnya meraikan ‘kemenangan’ Ripple yang mana Rios secara tidak sengaja telah menggugurkan dakwaan XRP sebagai sekuriti.
Sebagai rekod, Rios dilantik memegang jawatan sebagai sebahagian daripada ahli lembaga Ripple sejak Mei.
Ripple masih berhadapan dengan kemelut saman Securities and Exchange Commission (SEC) bermula Disember 2020.
Walaupun ramai beranggapan Ripple akan memenangi kes ini, perkembangan terbaru menunjukkan keadaan masih satu teka-teki susulan agensi penyelia itu terlepas daripada gesaan mendedahkan urusan jual beli kripto: Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan XRP.
Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.96, meningkat hampir 7% dalam 24 jam.