Belum ‘Panas Enjin’, EUR/USD Berlegar Di Bawah Paras $1.1000

255

Ketidaktentuan pasaran di awal minggu memberi kelebihan terhadap dagangan mata wang utama US dolar yang memaparkan pengukuhan pada pembukaan sesi pasaran Asia semalam.

Namun dengan momentum yang lemah, gagal untuk menyokong prestasi cemerlang US dolar sehingga bersambung ke sesi pasaran New York.

Perkembangan perang Rusia-Ukraine terus dipantau pelabur dan dalam waktu yang sama turut mengikuti laporan langkah sekatan pergerakan di Shanghai susulan penularan Coronavirus.

Pelabur akan berwaspada untuk pergerakan US dolar menjelang terbitan data tumpuan utama iaitu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga pada mulanya susut ke paras sekitar 1.09450 selepas penurunan di sesi Asia, kemudiannya melonjak semula di sesi Eropah menguji rintangan 1.1000.

Namun, bersambung dagangan sehingga ke penghujung sesi New York, harga kekal berlegar di bawah paras rintangan tersebut, dilihat sukar untuk menembusinya.

Situasi sama dilihat pada dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), dengan pergerakan harga juga terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk terus memberi isyarat bagi harga bergerak dalam trend bearish.

Sekiranya penurunan lebih jelas harga dipaparkan selepas ini, zon sekitar 1.09000 menjadi tumpuan awal yang bakal diuji harga untuk keluar dari zon mendatar harga itu sejak minggu lalu.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan kembali menuju semula ke zon support 1.08000.

Namun jika harga mula memberi isyarat untuk berlaku perubahan trend, lonjakan awal harga akan melepasi paras 1.1000 dan halangan MA50.

Seterusnya kenaikan harga bakal menuju ke zon rintangan pada sekitar 1.11300, ketinggian yang dicapai harga pada 2 minggu yang lalu.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya dijangkakan untuk mencapai paras 1.12000 untuk menguji pula paras tumpuan tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat