Benarkah Syarikat Aplikasi Pengangkutan Bernilai Tinggi Ini Menggantung Perkhidmatannya di Abu Dhabi?

48

Aplikasi Uber menggantung perkhidmatannya di Abu Dhabi yang merupakan ibu negara UAE sejak Sabtu lalu. Menurut sumber, sehingga kini Uber tidak pasti tarikh sebenar untuk mereka menyambung perkhidmatandi negara terbabit.

Sebelum ini, 50 pemandu telah ditahan di balai polis dan lebih 70 buah kereta disita.

Menurut pengurus operasi perkhidmatan Uber dan Careem, salah seorang dari pemandunya telah direman ke dalam penjara

Penangkapan ini masih menimbulkan tanda tanya kerana pihak pengurusan Uber masih tidak dapat mengenal pasti punca tangkapan mereka.

Uber dan Careem berkata mereka tidak menggantung operasi di Dubai, yang merupakan hub komersial dan perlancongan di UAE. Abu Dhabi mempunyai populasi penduduk kira-kira 2.8 juta dan Dubai mempunyai penduduk kira-kira 2.5 juta.

Uber yang melancarkan perkhidmatan di Abu Dhabi pada 2013 berikutan Timur Tengah dan Afrika Utara tersenarai antara pasaran yang pantas berkembang. Uber juga merancang untuk melaburkan kira-kira $250 juta untuk terus berkembang dalam rantau ini.

Berkaitan dengan tangkapan ini, Uber memberitahu bahawa penghentian perkhidmatan ini hanya sementara.

 

Ini rahsia Mark Zuckerbergh yang anda perlu tahu. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat