Bendung Penurunan Harga, GBP/USD Pamer Lonjakan 150 Pips!

502

Walaupun masih dibelenggu pelbagai risiko sejak minggu-minggu sebelum ini, namun Pound Sterling berjaya pamerkan pengukuhan pada dagangan awal minggu ini.

Situasi tersebut dilihat bertentangan dengan kebimbangan yang disampaikan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 varian Delta yang akan terus menjejaskan rancangan pembukaan ekonomi.

Pengukuhan US dolar sebelum ini yang suram di awal minggu turut memberi ruang terhadap Pound untuk meningkat semula dalam pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, pelabur menyaksikan lonjakan sekitar 150 pips di awal minggu dari zon support 1.38000 sehingga melepasi paras 1.39000.

Selepas penurunan harga minggu lalu ke zon support 1.38000, harga kembali melonjak semula di awal minggu dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam carta GBP/USD membuatkan pelabur berwaspada terhadap isyarat awal perubahan trend semula.

Selepas mencapai paras ketinggian sekitar 1.39350 semalam, sesi Asia pada pagi ini (Selasa) melihatkan harga susut sedikit ke paras 1.39000.

Jika kenaikan harga diteruskan, harga dilihat akan menguji paras tumpuan 1.40000 sebelum sasaran kenaikan lebih tinggi adalah pada zon SBR (support become resistance) 1.41000 semula.

Sebaliknya jika situasi kenaikan harga di awal minggu hanya pembetulan harga (correction), harga bakal menyambung semula penurunan untuk melepasi zon support 1.38000.

Sasaran penurunan lebih rendah akan menuju pula ke paras sekitar 1.37000 yang merupakan zon sokongan harga pada dagangan Mac dan April yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat