Berita Baik! Amerika Tangguh Cukai Terhadap Enam Negara Ini

958

Amerika Syarikat akan menangguhkan tarif baru yang dikenakan ke atas enam negara sebagai tindak balas terhadap cukai perkhidmatan digital oleh negara tersebut.

Menurut pernyataan yang dikeluarkan wakil perdagangan AS pada Rabu, enam negara termasuk Austria, India, Itali, Sepanyol, Turki dan United Kingdom akan menikmati penangguhan tarif.

Penangguhan tersebut akan berkuat kuasa sehingga 180 hari sementara AS berunding mengenai cadangan rejim cukai global melalui Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi dan proses G20.

Terdahulu, negara-negara tersebut telah dikenakan cukai sebanyak 25% terhadap pelbagai jenis barangan yang bernilai sekitar $2 bilion.

Ini susulan tindakan mereka yang meluluskan cukai perkhidmatan digital yang secara khusus menyasarkan pendapatan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat teknologi besar, terutamanya yang berpusat di AS seperti Facebook, Google dan Amazon.

Misalnya UK, telah mengenakan cukai sebanyak 2 % ke atas pendapatan dari syarikat-syarikat tersebut, dengan alasan bahawa mereka mendapat keuntungan dari pengguna yang berpangkalan di UK, jadi negara itu berhak untuk mendapat sebahagian daripada keuntungan tersebut.

Hal ini telah membangkitkan kemarahan AS, dan sekali gus menyebabkan pengenaan tarif dikenakan ke atas negara-negara tersebut.

Walaupun berita ini dilihat positif, namun, tidak ada reaksi yang besar dipaparkan oleh pergerakan matawang dalam pasaran susulan laporan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat