Berita Baik Untuk Rakyat A.S! Dijangka Beri Kesan Pada Corak Pelaburan!

717

Berdasarkan laporan Jabatan Perbendaharaan, IRS dan Perkhidmatan Fiskal, sejumlah pembayaran rasangan bernilai $1,400 akan dikreditkan kepada kelompak kedua. Hal ini menjadikan jumlah cek yang diisukan adalah sebanyak 127 juta cek yang merangkumi nilaian sebanyak $325 bilion.

Agensi kewangan tersebut memaklumkan bahawa pembayaran akan dilakukan melalui deposit langsung. Kelompok kedua ini merangkumi sekitar 37 juta pembayaran langsung berjumlah hampir $83 bilion.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain kukuh sebanyak 0.20% kepada paras tukaran 92.715 setakat jam 10.15 p.m. Penganalisis berpendapat keuntungan US dolar pada ketika ini disokong oleh pertumbuhan ekonomi A.S dan vaksinasi negara.

Dalam masa yang sama ia turut diiringi data-data yang positif seperti data tuntutan pengangguran dan KDNK Amerika Syarikat yang mecatat bacaan yang positiff.

Bagi pasaran kripto, harga bitcoin terus menujukkan kejatuhan walaupun terdapat kenaikan sedikit kepada paras tukaran $51,983.33.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat