Betul Ke Pengguna Lebuh Raya Tak Perlu Bayar Tol Selama-Lamanya?

556

~Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata~

Kementerian Kerja Raya (KKR) menyangkal dakwaan bahawa pengguna lebuhraya perlu membayar tol selama-lamanya ekoran penstrukturan semula 4 syarikat dengan lanjutan tempoh konsesi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 April lalu, KKR menyatakan syarikat konsesi tidak boleh sewenang-wenangnya menambah hutang baru seperti yang termaktub dalam perjanjian baharu yang membabitkan penstrukturan semula 4 syarikat konsesi tersebut.

Kenyataan itu turut menerangkan bahawa kerajaan akan memastikan pengguna tidak terbeban dan sekiranya penstrukuran semula oleh kerajaan dalam menjimatkan pampasan tidak berjaya, maka, bakal berlaku kenaikan kadar tol yang akan jadi penyebab tindak balas berantai terhadap peningkatan kos barangan.

Umumnya, pada 4 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kerajaan untuk mengekalkan kadar tol di 4 lebuh raya berikut;

  • Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Shah Alam Expressway (KESAS).
  • Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Stormwater Management and Road Tunnel atau SMART).
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Western KL Traffic Dispersal System Sdn Bhd or SPRINT).
  • Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Damansara-Puchong Highway or LDP).

Selain itu, kenyataan tersebut turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan membayar atau memberikan peruntukan dalam bentuk kos tetap bagi pembinaan atau penyelenggaraan lebuh raya.

Tetapi sebaliknya, mereka menggunakan dana yang diperolehi syarikat konsesi dari pinjaman atau terbitan sukuk yang mesti dibayar melalui kutipan tol manakala kos operasi dan penyelenggaraan ditanggung sepenuh daripada kutipan tol.

Sementara itu, KKR turut menjelaskan bahawa lanjutan tempoh konsesi hanya diberikan sebagai petunjuk untuk memastikan pemegang sukuk bahawa pelaburan mereka akan dibayar balik.

KKR juga turut menjelaskan dakwaan mengenai Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), yang mengambil alih aset lebuh raya bernilai RM5 bilion dengan modal RM5,000 sahaja.

Terangnya, ALR berperanan sebagai penjaga 4 lebih raya sahaja maka, ia membolehkannya bertindak sebagai ‘penjaga’ dengan modal hanya RM5,000.

Selain turut menambah bahawa memandangkan pemegang saham asal sudah tiada dan ALR bukan badan berasaskan keuntungan, jadi tiada lagi pembayaran dividen diperlukan seterusnya membolehkan kadar tol dikekalkan pada kadar sedia ada.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat