Biar Betul! Harga Minyak Brent Boleh Cecah $100 Setong?

411

Minyak mentah terus didagangkan lebih tinggi pada Selasa selepas lonjakan pada sesi sebelum ini membawa dagangan emas hitam itu mencecah paras ketinggian tahunan terbaru.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan kukuh pada harga $75 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menguat pada harga $73.20 setong.

Terdahulu, dagangan Brent telah mencatat lonjakan sebanyak 1.9%, manakala WTI Amerika Syarikat pula meningkat 2.8% pada sesi dagangan Isnin.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat selama empat minggu terakhir kerana optimisme terhadap kadar vaksinasi COVID-19 global dan jangkaan peningkatan dalam perjalanan musim panas.

Komoditi hitam itu telah meraih sokongan daripada laporan mengenai rundingan nuklear Iran yang dihentikan sementara dan jangkaan yang meningkat terhadap pemulihan permintaan yang kuat.

Bank of America (BAC) mengatakan bahawa harga minyak mentah Brent mungkin boleh mencecah $100 pada tahun depan kerana permintaan terhadap bahan bakar global yang melambung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat