Biden Arahkan Tarif Cukai 100% Ke Atas Import EV China, Naik 4 Kali Ganda!

170

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam rancangannya untuk menaikkan kadar tarif sebanyak empat kali ganda ke atas kenderaan elektrik (EV) China bakal dilaksanakan bagi mengelak ancaman lambakan kereta China di pasaran jualan kereta AS.

Tarif sebanyak 100% yang diumumkan pada Selasa lepas ditingkatkan daripada cukai import semasa kira-kira 25% meliputi EV yang diimport dari China.

Namun, ia masih boleh memberikan kesempatan ke atas model yang lebih murah dengan mengurangkan harga domestik dan menutup kelemahan import yang dibuat oleh pengilangnya di negara lain.

Pakar automotif dan perdagangan berpendapat bahawa kenaikan tarif itu adalah langkah perlindungan jangka pendek yang memperlahankan masalah tetapi itu tidak akan menghalang pembuat kereta EV China untuk dijual di AS.

Ketua Automotif AlixPartners, Dan Hearsch berkata teknologi EV China bakal mendominasi pasaran dan ia tidak akan dapat dielakkan.

Pembuat dan pembekal kereta EV Barat sepatutnya meningkatkan ‘permainan’ mereka dan bersedia untuk menerima keputusan ini. Sama ada untuk mengalah atau teruskan.

Sementara itu, tarif EV termasuk kenaikan lain seperti bahan bateri merupakan antara tarif baharu ke atas import China yang bernilai $18 billion.

Selama beberapa dekad, syarikat China alami kesukaran untuk menjual jenama kenderaan milik mereka di AS di atas sebab keselamatan dan teknologi.

Namun, kualiti kenderaan kereta China semakin bertambah baik dengan ketara dalam beberapa tahun ini kerana pihak kerajaan telah menyalurkan subsidi bagi mengembangkan pengeluaran domestik. Peningkatan itu telah membawa kepada kemerosotan pesat pada bahagian pemasaran di Amerika Syarikat.

Syarikat China telah meraih 8% daripada hasil jualan kereta EV mereka di Eropah pada September dan boleh meningkatkan lagi kepada 15% menjelang 2025. Kesatuan Eropah percaya China akan mengurangkan harga model tempatannya sebanyak kira-kira 20%.

Tindakan daripada Biden itu bakal memaksa syarikat China untuk bergerak lebih cepat dalam mewujudkan operasi pengeluaran tempatan atau menggerakkan usaha sama dengan syarikat lain bagi usaha mengurangkan kos eksport.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat