Biden Mungkin Pilih Bekas Penasihat Ripple Untuk Mengetuai OCC

1,174

Industri kripto mungkin akan menerima berita baik tidak lama lagi apabila tular satu khabar mengaitkan bekas anggota lembaga penasihat Ripple sebagai Pengawas Mata Wang.

Menurut sumber, Michael Barr yang juga bekas pegawai Jabatan Perbendaharaan dijangka akan menjadi pilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bagi menggantikan Brian Brooks.

Sedia maklum sebagai pengawal matawang, Barr akan memainkan peranan sebagai pentadbir sistem perbankan persekutuan dan pada masa yang sama merupakan ketua pegawai Pejabat Pengawal Mata Wang (OCC).

Sebelum ini Barr merupakan ahli Lembaga Penasihat Ripple Labs pada 2015. Sepanjang pemilikan jawatan itu, figura itu dilihat bersungguh-sungguh dalam melakukan inovasi terhadap sektor pembayaran.

Buat masa sekarang, tiada sebarang komen daripada White House, Jabatan Perbendaharaan dan Barr sendiri mengenai khabar ini.

Jika terpilih, Michael Barr merupakan individu kedua yang memiliki latar belakang kripto selepas Brooks yang melepaskan jawatan sebagai pengerusi OCC pada minggu lepas.

Pada masa yang sama, pensyarah dan juga profesor undang-undang dari University of California, Mehrsa Baradaran turut tercalon bagi jawatan tersebut.

Selain Brooks, Biden juga mencalonkan pakar kripto, Gary Gensler untuk jawatan pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), menggantikan Jay Clayton.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat