Biden Tegas Salur Bantuan Kepada Golongan Memerlukan

253

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersetuju menerima cadangan anggota Dewan Perwakilan Demokrat untuk memberikan bantuan sebanyak AS$1,400 kepada golongan yang lebih kecil dan betul-betul memerlukan menerusi pakej rangsangan Covid-19 terbaharu.

Perkara itu didedahkan oleh sumber yang rapat. Sumber itu juga menyatakan Biden akan mengubah keseluruhan jumlah pakej rangsangan yang bernilai AS$1.9 trilion.

Biden memberitahu anggota Demokrat semalam bahawa beliau tidak akan mengubah amaun bantuan yang dicadangkan iaitu AS$1,400 kerana rakyat telah dijanjikan dengan nilai bantuan berkenaan.

Terdahulu, anggota Demokrat dan Republikan mempersoalkan sama ada bantuan sebanyak AS$1,400 itu akan disalurkan kepada orang yang tidak layak menerimanya.

Segelintir anggota Demokrat melihat nilai bantuan itu terlalu banyak, sekali gus ‘membenarkan’ rakyat Amerika yang tidak terjejas dari segi ekonomi ketika pandemik Covid-19 menerima bantuan kerajaan.

Dalam pada itu, anggota Republikan merancang untuk mengurangkan nilai bantuan tersebut kepada AS$1,000 untuk setiap individu dewasa dan mula menyalurkan pembayaran kepada mereka yang berpendapatan AS$40,000 setahun atau lebih serta pasangan berkahwin yang berpendapatan AS$80,000 atau lebih.

Tambah sumber tersebut, Demokrat akan berkompromi terhadap beberapa program yang dicadangkan dalam pakej rangsangan terbaharu dan bersedia mengubah nilai keseluruhan pakej terbabit.

Menurut Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki semalam, Biden juga tidak menjangkakan cadangannya dalam pakej berkenaan akan diterima bulat-bulat.

“Beliau tahu itu adalah sebahagian daripada proses perundangan,” ujar Psaki.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat