Bila Masa Terbaik Untuk Jual Kripto?

3,156

Ketika Bitcoin (BTC) mencecah paras harga tertinggi $40,180 baru-baru ini, ramai pelabur kripto mula teruja, “Dah boleh jual ke ni?

Sebenarnya, dalam pelaburan kripto pelabur harus bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana risikonya yang tinggi dan harganya yang volatile.

Disebabkan itu, ada yang lebih selesa untuk menjual ketika harga sedang naik tinggi (ambil dulu untung) dan ada juga yang berpendapat lebih selamat jual ketika harga sudah pamer penyusutan (supaya tidak rugi banyak).

Persoalannya, bilakah masa terbaik untuk menjual matawang kripto?

  1. Kalau anda menyimpan aset kripto yang sudah lagi tidak bersaing dengan mana-mana matawang, adalah lebih baik jika anda menjualnya sementara masih ada peluang!
  2. Apabila komuniti matawang kripto itu mula mengecil atau tiada lagi khabar baik mengenainya, mungkin masanya untuk anda menjual. Misalnya, XRP yang disaman Securities and Exchanges Commission (SEC) telah menyebabkan banyak pelabur mula menjual XRP.
  3. Ketika platform pertukaran kripto menyahsenaraikan matawang anda, cepat-cepatlah jual! Sama seperti kes XRP, banyak platform pertukaran kripto ‘membuang’ XRP sebaik sahaja SEC mengeluarkan saman.
  4. Pentadbiran negara tiba-tiba membuat pengumuman untuk menyekat aktiviti jual beli kripto. Masa inilah mahu tidak mahu anda terpaksa juga jual aset kripto anda (walaupun mungkin masa itu Bitcoin tengah susut).
  5. Anda juga digalakkan untuk menjual matawang kripto jika kebanyakan aktiviti perlombongan kripto di negara-negara utama mula disekat serta-merta.

‘Fundamental’ adalah asas utama dalam membuat keputusan. Jika fundamental pasaran masih menyokong matawang kripto, maka masih selamat untuk terus memegang kripto anda. Jika keadaan sebaliknya jangan teragak-agak untuk menjualnya. Termasuklah faktor prestasi nilai AS dollar. Ia juga boleh mempengaruhi pergerakan harga kripto.

Tuntasnya, dengan kesukaran untuk mengagak keadaan pasaran, anda akan tersepit sama ada untuk BELI, JUAL atau HODL matawang. Betul tak?

Apa-apa pun, sebelum bertindak pastikan anda ikuti portal Intraday dari semasa ke semasa untuk sentiasa peka keadaan terkini pasaran. Dari situ, anda boleh membuat keputusan yang bijak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat