Bilakah Sektor Pekerjaan A.S Akan Kembali Pulih? Ini Pandangan Penasihat White House!

851

Kadar penganguran telah mencatat peningkatan yang mendadak dan peluang jumlah pekerjaan jatuh di kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat pada bulan April berikutan penerapan langkah perintah berkurung yang terpaksa diambil bagi membendung wabak Covid-19. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Buruh pada hari Jumaat.

Jabatan Statistik menyatakan 43 negeri di A.S mencatatkan tahap pengangguran tertinggi pada bulan lalu. Nevada merupakan negeri yang mencatat pengangguran tertinggi dengan kadar peningkatan dari 24.2% kepada 28.2%.

Menurut penasihat White House, Kevin Hasset pada hari Jumaat, beliau menjangkakan bahawa pada bulan Mei akan menjadi bulan yang suram untuk sektor pekerjaan A.S. Namun beliau yakin bahawa sektor pekerjaan A.S akan mula pulih daripada wabak Covid-19 pada bulan Jun.

” Kita akan melihat angka yang tidak begitu baik pada bulan Mei namun saya menjangkakan sektor pekerjaan akan kembali pulih pada bulan Jun”, kata Kevin Hasset dalam wawancara dengan CNN. Tambah beliau, pakej rangsangan keempat dijangka akan dilancarkan lebih awal bagi menjana kembali ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat