Bimbang Dengan Ancaman Nuklear Korea Utara, Saham Dunia Terus Dijual Pada Setiap Sesi Pasaran

96

Pasaran Saham terus di tekan hari ini selepas saham dijual pada setiap sesi yang lalu berikutan Korea Utara mendakwa telah melancarkan ujian nuklear (hidrogen bom) pada Ahad lalu.

Korea Utara telah menjalankan enam ujian senjata nuklear dan dikhabarkan bom hidrogen yang dimiliki meraka adalah yang paling maju bagi peluru berpandu jarak jauh. Hal ini sekaligus menguatkan lagi pendirian Korea Utara untuk berhadapan dengan kuasa tentera Amerika sekutunya.

Pada hari Isnin, Amerika mendakwa semua rakan dagangan Korea Utara telah membantu mereka untuk mencapai cita-cita nuklearnya dan mengatakan Pyongyang “begging for war” selepas ujian nuklear Korea Utara yang dilepaskan pada hari Ahad menjadi petanda kepada pelancaran peluru berpandu selanjutnya dimasa hadapan.

Saham terbesar Asia Pasifik MSCI di luar Japan (MIAP) susut 0.8% semalam dan KOSPI Korea Selatan pula turun 0.1% selepas jatuh ke paras terendah tiga minggu yang lalu semalam.

Nikkei Jepun juga susut sebanyak 0.2%. S&P500 masih mengekalkan kerugian yang kecil selepas Pyongyang melancarkan ujian senjata nuklear mereka, dan tutup pada 2,466, 0.2% di bawah penutupan minggu lepas.

Pasaran US semalam tutup berikutan hari buruh, dan saham Eropah teruskan penjualan (selloff) pada sesi Asia hari ini.

Indeks saham STOXX600 dan bluechips zon Eropah (STOXX50E) kedua-duanya jatuh turun 0.5% dan diikuti dengan bursa saham utama yang lain. Di UK pula, FTSE kepada France CAC 40 (FCHI) kedua-duanya jatuh daripada 0.3 kepada 0.8 peratus.

Ketengangan geopolitik yang terus meningkat telah membimbangkan ramai pelabur.

Norihiro Fujito, ketua strategi pelaburan di Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Sekuriti menjelaskan,”Tidak pasti jika diplomasi dapat menyelasaikan ketegangan ini selepas ianya telah gagal sejak 25 tahun yang lalu.”

“Namun US juga diperhatikan masih belum bersedia dengan tindakan ketenteraan. Jadi kita dijangka akan terus buntu, dan harga saham akan terus diletiti lebih berhati-hati”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat