Binance Turut Terheret Dalam Kancah SEC-Ripple!

1,633

Kali ini persengketaan antara Ripple dan Securities and Exchange Commission (SEC) turut mengheret pertukaran kripto global, Binance.

Menurut CEO Ripple, Brad Garlinghouse, Binance memiliki beberapa dokumen yang relevan untuk dibentangkan dalam kes tersebut.

Susulan daripada itu, pihak pembelaan Ripple telah mengemukakan permohonan kepada subsidiari pertukaran Binance yang berpangkalan di Pulau Cayman, Binance Holdings Limited untuk mendapatkan dokumen berkaitan aktiviti perdagangan XRP yang dijalankan oleh Garlinghouse.

Tindakan itu juga diterima baik oleh pihak SEC dimana tiada bantahan dibangkitkan.

Sebelum ini, Garlinghouse dan pengasas bersama, Chris Larsen dibenarkan untuk mendapatkan bukti tambahan daripada Bitfinex, Bitstamp, OKEx, dan beberapa pertukaran lain.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Garlinghouse telah dituduh menjual lebih 357 juta XRP, bernilai $257,348,709 kepada pelabur awam di pasaran, dan dana tersebut telah terjual di platform perdagangan aset digital global kepada pelabur seluruh dunia.

SEC tidak berpuas hati dengan tindakan CEO Ripple itu, termasuk perdagangan yang dilakukannya di platform aset digital luar Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, pihak pembelaan Ripple membantah dakwaan SEC. Berdasarkan Akta Sekuriti 1933, Seksyen 5, mereka menjelaskan tuduhan agensi itu hanya digunakan terhadap jualan domestik dan penawaran sekuriti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat