Ini Jalan Akhir Ripple Untuk Menang!

4,939

Dalam perkembangan terbaru berhubung kes saman Securities and Exchange Commission (SEC) terhadap Ripple, dilaporkan firma XRP itu telah memohon persetujuan daripada mahkamah untuk mendapatkan dokumen dari 15 pertukaran kripto.

Sedia maklum, SEC telah menuduh XRP sebagai aset sekuriti. Perkara ini akhirnya membawa kepada isu berkaitan denganfair notice’ yang gagal dikemukakan oleh pihak SEC.

SEC kemudian dalam surat balas kepada hakim Sarah Netburn pada 28 Mei, menuduh Ripple melobi orang ramai dan mendesak firma itu untuk mengemukakan dokumen tambahan sebagai bukti.

Ripple dilihat mengambil langkah ini untuk menyerang SEC yang acapkali ‘memutarbelit’ dalam setiap tuduhan terbaharu.

15 pertukaran kripto akan menyerahkan dokumen jika diluluskan oleh mahkamah. Mereka termasuklah iFinex (firma induk Bitfinex), OKEx, Huobi, Bithumb, Upbit dan Bitlish.

Ripple juga bercadang untuk meminta dokumen daripada BitForex, HitBTC, AscendX (dulu dikenali sebagai BitMax), Bitstamp, Bitrue Singapore, ZB.com, BitMart, Coinbene dan Korbit.

Sebagai rekod, firma-firma ini berpangkalan di luar Amerika Syarikat (AS) seperti Korea Selatan, Malta, Seychelles dan United Kingdom (UK), dan kebanyakan daripadanya tidak memberi perkhidmatan kepada klien AS.

Bersama permohonan tersebut, Chris Larsen dan Brad Garlinghouse menekankan dokumen tersebut akan membantu dalam mengenalpasti di mana transaksi XRP dijalankan oleh defendan, iaitu mereka sendiri seperti yang dituduh SEC sebelum ini.

Jika permohonan ini diluluskan dan dokumen tersebut berpihak kepada Larsen dan Garlinghouse, sudah cukup untuk menamatkan perbicaraan kes ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat