SEC Tuduh Ripple Hasut Orang Ramai, Tarik Lagi 6 Saksi

3,053

Dalam satu surat balas kepada hakim Sarah Netburn, bertarikh 25 Mei, Securities and Exchanges Commission (SEC) menuduh Ripple telah melobi berkaitan status XRP sama ada sekuriti ataupun tidak.

Surat yang dikirim dari peguam SEC, Jorge Tenreriro ada menjelaskan Ripple cuba untuk mempengaruhi tanggapan orang ramai berkenaan status XRP yang masih dalam perbicaraan.

Susulan daripada itu, SEC meminta Ripple dokumen baru yang membuktikan tuduhan tersebut adalah benar, seperti yang didakwa.

Malah turut dijelaskan bukti tersebut, bersama bukti lain akan digunakan untuk melawan pertahanan afirmatif Ripple yang mana menekankan mereka sepatutnya menerima ‘fair notice’ daripada SEC sebelum dikenakan tindakan undang-undang.

Secara mudahnya, jika terbukti Ripple benar-benar terlibat dalam aktiviti melobi maka mereka sebenarnya sudah tahu status XRP yang dipersoalkan.

Sebelum ini pada Jun 2020, bekas pengerusi Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Chris Giancarlo ada mendakwa XRP bukan sekuriti. Namun, ketika itu Giancarlo sudah ‘berkhidmat’ di bawah Ripple.

SEC pada masa yang sama telah membuat permohonan proses penemuan baharu, bertujuan untuk mendapatkan kenyataan atau sumpah daripada enam individu yang berkaitan dengan Ripple dan mempunyai pengetahuan khas berhubung dengan penjualan XRP.

Mereka adalah termasuk lima bekas pekerja Ripple dan pengasas bersama syarikat perdagangan GSR, Christian Gil yang melakukan pemasaran bagi pihak eksekutif Ripple.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.96, melonjak lebih 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat