Ini Rincian Perbicaraan Ripple-SEC Pada 21 Mei

5,720

Seperti yang dijadualkan, telah berlangsungnya proses perbicaraan bagi kes saman Securities and Exchange Commission (SEC) terhadap Ripple Labs pada 21 Mei (22 Mei, 2 pagi waktu Malaysia).

Ini butiran perbicaraan yang patut pelabur XRP tahu!

‘SEC Guna Taktik Kotor’ – Ripple

SEC telah dituduh menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan pihak defendan, Ripple. Tidak cukup dengan itu, SEC kononnya menggunakan kuasa besar untuk memutuskan hubungan rakan kongsi Ripple bersama negara-negara luar.

Hakim yang mengetuai perbicaraan tersebut, Sarah Netburn menuntut bukti daripada Ripple atas tuduhan tersebut memandangkan tiada tindakan akan diambil jika sekadar tuduhan kosong.

Surat Pendapat Oleh Peguam Sah Ripple

SEC rupanya telah memiliki surat pendapat yang sah daripada peguam Ripple, bertarikh 2012 dan 2015. Pentingnya di sini, dalam surat 2012 ada dinyatakan ‘XRP mungkin adalah sekuriti’.

Bagaimanapun, peguam SEC menuduh Ripple telah menipu kepada platform pertukaran kripto (exchanges) dengan mendakwa XRP bukan sekuriti.

Sebagai rekod, ini dakwaan Ripple – 1/ XRP bukan sekuriti. 2/ Jika XRP adalah sekuriti, Ripple tidak menerima sebarang notis adil (fair notice) yang menyatakan XRP adalah sekuriti.

Hakim Netburn Tolak Dakwaan SEC

SEC mendakwa apa yang dilakukan Ripple adalah Good Faith Defense, bukan seperti yang firma itu anggap, Fair Notice Defense.

Hakim Netburn telah menolak tuduhan tersebut kerana tiada bukti. Pada masa yang sama, SEC mendesak untuk dapatkan rekod komunikasi untuk mendapatkan gambaran yang jelas, di mana mereka akan akur dengan Fair Notice Defense oleh Ripple.

Kes ini akan terus berlangsung pada tarikh berikutnya: 25, 27, 28 Mei, bersambung pada 4 dan 10 Jun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat