4-0! Mahkamah Tolak Permohonan SEC Berkaitan Nasihat & Pandangan Status XRP

3,418

Sekali lagi firma kripto, Ripple mencatatkan kemenangan dalam perbicaraan saman oleh Securities and Exchange Commission (SEC).

Hakim Sarah Netburn dilaporkan telah menolak permohonan SEC untuk mendapat akses terhadap bukti yang merangkumi sebarang nasihat atau perbincangan mengenai status XRP.

Ini merupakan jawapan mahkamah hasil daripada perbicaraan dua minggu lepas.

Secara tidak langsung, keputusan Netburn mengukuhkan lagi fair notice defense yang dikemukakan oleh Ripple, menekankan agensi perundangan itu gagal memberi amaran kepada firma tersebut dan pemain pasaran berkaitan XRP adalah sekuriti yang tidak berdaftar.

Sebagai rekod, dalam perbicaraan maya 21 Mei, pihak SEC mendesak untuk mendapatkan rekod komunikasi berkaitan XRP yang melibatkan Ripple dan peguamnya.

Peguam SEC, Jorge Tenreiro mendakwa ‘game over’ jika didapati firma itu gagal mengikut nasihat dan pandangan peguamnya berkaitan status XRP.

Terbaru, SEC menuduh Ripple melobi orang ramai bersama permohonan untuk enam saksi baru. SEC juga meminta pihak Ripple menyediakan dokumen baru yang membuktikan pertuduhan tersebut.

Kemenangan Ripple kali ini menjadikan kemenangan yang ke-4 selepas mahkamah menolak permohonan SEC untuk mendapatkan rekod peribadi kewangan CEO Ripple, Brad Garlinghouse dan Chris Larsen.

Ketika penulisan, XRP mencatatkan nilai dagangan $0.8, melonjak hampir 7% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat