Binance Umum Tekad Bantu Terra Realisasikan LUNA 2.0! Ini Perkara Perlu Diketahui Pelabur

1,760

Binance berkata pada hari Rabu bahawa pihak mereka akan bekerjasama secara dengan Terra berhubung pelan kebangkitan blok yang diluluskan baru-baru ini.

Bursa kripto terbesar di dunia menyatakan dalam Twitter bahawa ianya bertujuan untuk membantu pengguna yang terjejas oleh keruntuhan Terra.

Langkah itu dibuat sejurus selepas komuniti Terra mengundi menyokong cadangan pemulihan. 65.5% pemegang LUNA mengundi agar pelan pemulihan tersebut dilaksanakan, manakala lebih kurang 13% yang lain mengundi menentangnya.

Terra kini akan melancarkan blockchain baharu, Terra 2.0, dan mengagihkan airdrop token LUNA 2.0 kepada pemegang token LUNA yang lama. Terra lama akan dinamakan semula kepada Terra Classic.

Binance sebelum ini telah mengeluarkan LUNA dan UST dari senarai dagangan pada awal Mei untuk waktu yang singkat sebagai tindak balas kepada kemalangan Terra. UST telah jatuh mendadak daripada tambatan $1, manakala LUNA kehilangan hampir 99% daripada nilainya. Keruntuhan sistem itu telah menghapuskan kira-kira $30 bilion nilai wang pelabur.

Setakat ini belum ada kenyataan yang jelas bagaimana Binance akan menyokong Terra, dan adakah bursa tersebut akan menyenaraikan token LUNA baharu?

Kata Binance, ” Kami bekerjasama rapat dengan pasukan Terra mengenai pelan pemulihan. Ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pengguna yang terjejas”.

Binance berkemungkinan akan menyediakan data kepada Terra untuk projek airdrop mereka. Pengasas Terra Do Kwon sebelum ini berkata Terraform Labs sedang bekerjasama dengan bursa utama kripto untuk mengumpul data bagi projek airdrop tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao telah mengkritik Terra atas peristiwa itu .Zhao juga menggelar kecacatan reka bentuk Terra sebagai suatu yang tidak masuk akal. Binance dalam masa sama turut terpalit dnegan menerima kritikan kerana menyenaraikan dan mempromosikan Terra.

Laporan media tempatan dari Korea Selatan disisi lain menyatakan bahawa bursa-bursa utama kripto di negara itu masih teragak-agak untuk menyenaraikan token baharu itu, memandangkan ia tertakluk kepada siasatan kerajaan. Berbeza dengan Upbit, bursa terbesar Korea Selatan, dilaporkan terbuka untuk menyenaraikan Terra 2.0.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat