‘Bitcoin Adalah Lebih Baik Berbanding Fiat’ – Elon Musk

1,362

CEO Tesla, Elon Musk sekali lagi membuat kenyataan berkaitan Bitcoin (BTC).

Dalam satu kicauan terbaru di laman Twitter, Musk menyifatkan Bitcoin sebagai pilihan yang berani bagi syarikat S&P500 sambil mempertahankan pelaburan Tesla dalam matawang kripto itu baru-baru ini.

Menurut Musk, Bitcoin merupakan satu bentuk kecairan yang lebih baik berbanding fiat:

“Tindakan Tesla langsung tidak mencerminkan pendapat saya. Memiliki beberapa Bitcoin yang mana merupakan satu bentuk tunai yang kurang ‘bodoh’ berbanding tunai, adalah cukup berani bagi sebuah firma S&P500” – @elonmusk.

Malah, individu yang cukup terkenal kerana gemarkan Dogecoin (DOGE) itu juga mendakwa dirinya bukanlah seorang pelabur tetapi faham ia adalah satu tindakan kurang bijak bagi sesiapa yang tidak menerokai ‘tempat lain’ dalam aspek faedah sebenar negatif.

“Bagaimanapun, ketika matawang fiat memiliki kadar faedah sebenar negatif, hanya mereka yang kurang bijak sahaja tidak akan mencari peluang lain,”

“Bitcoin hampir buruk sama seperti wang fiat,” ujarnya lagi menamatkan thread di akaun Twitternya.

Susulan pelaburan Tesla di dalam Bitcoin, kebanyakan penganalisis dan pengasas kripto mengandaikan tindakan firma itu akan membuka fenomena baru, menarik lebih banyak pelabur institusi untuk berbuat demikian.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada harga $51,852 (RM210,347), susut 0.40% dalam 24 jam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat