Pelaburan Tesla Dalam Bitcoin Merupakan ‘Turning Point’ – Pengasas Litecoin (LTC)

3,494

Pengasas Litecoin (LTC), Charlie Lee berpendapat peminat kripto wajar bersedia dengan lebih banyak pengumuman besar selepas pengeluar kereta elektrik, Tesla membuat pelaburan sebanyak $1.5 bilion dalam Bitcoin (BTC).

Menurut Lee, mungkin ketika ini Tesla sudah menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran bagi produknya. Namun, pada masa yang sama, ada potensi tinggi untuk firma tersebut tidak menukarkan BTC kepada matawang fiat.

Jelasnya lagi, apabila kebanyakan peniaga sudah mula menerima Bitcoin tanpa menjual aset itu, sistem fiat mula diabaikan, menunjukkan satu perubahan besar dalam ekonomi.

Bermulalah pula sistem ekonomi yang baru di mana peniaga mula menerima kripto, membayar gaji dengan kripto seperti yang diusahakan oleh Miami dan membelanjakan kripto untuk B2B.

Salah satu syarikat pertama yang menerima pembayaran dalam Bitcoin ialah peruncitan perabot atas talian Overstock.com pada Januari 2014. Bagaimanapun, mereka mencairkan matawang itu dan menukarkan kepada tunai.

Lee juga menyifatkan pelaburan Tesla, secara spesifiknya Elon Musk merupakan satu ‘turning point’.

Selepas ini akan lebih banyak syarikat mula yakin, menyertai Musk dan Tesla dalam pelaburan kripto.

Litecoin mula dilancarkan pada Oktober 2011 ketika Bitcoin bernilai $5 sahaja. Buat masa sekarang matawang kripto itu berada di kedudukan ke-7 selepas Polkadot dan Binance Coin dengan permodalan pasaran mencecah lebih $12 bilion.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $46,376, susut 0.40% manakala LTC mencatat harga $187 dengan lonjakan harga lebih 12% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat