Bitcoin (BTC) telah menyentuh paras $45,000 pada 2 Mac namun gagal bertahan sebelum susut ke bawah nilai $43,000 pada hari yang sama.
Ketika penulisan, raja kripto ini terus menggelungsur bawah didagangkan pada $41,436.72 dengan penyusutan lebih 5% dalam 24 jam.
Pun begitu, beberapa altcoins bertahan dengan peningkatan nilai aset. Antaranya:
- UMA (UMA): $9.81 (+16.54%)
- UMA pamerkan prestasi yang agak luar biasa ketika ketidaktentuan pasaran kripto.
- Dalam 24 jam, bertarikh 28 Februari-1 Mac, UMA melonjak hampir 185%, sebelum susut kepada nilai semasa.
- Namun, UMA masih lagi bullish dengan lonjakan 113% dari paras terendah $4.66 pada 28 Februari.
- Faktor lonjakan:Protokol ini telah bekerjasama dengan DappBack untuk memperkenalkan paparan tugas Web3. Kedua-dua entiti ini mahu menawarkan ganjaran kepada pengguna yang melengkapkan tugas-mikro Web3 – sertai komuniti atau menyediakan kandungan.
- Waves (WAVES): $19.18 (+7.48%)
- WAVES bertahan dengan pengukuhan harga sejak 22 Februari.
- Dalam seminggu, bertarikh 22 Februari-1 Mac, WAVES melonjak lebih 142% mencapai paras harga $19.9.
- Walaupun susut hampir 5% sejak tiga hari lalu, WAVES masih meningkat lebih 130%.
- Faktor lonjakan:1/ Peralihan rangkaian kepada Waves 2.0; 2/ Kerjasama dengan Allbridge untuk memperkenalkan integrasi antara rangkaian tanpa sempadan; 3/ Penubuhan Waves Labs dan dana kewangan desentralisasi (DeFi) sekitar suku pertama 2022.
Ketika dua aset tersebut mencatatkan peningkatan lebih 5% dalam 24 jam, Quant (QNT), Anchor Protocol (ANC), OKB (OKB), dan THORChain (RUNE) pula melonjak lebih 3%.
Berbeza dengan altcoins utama: Ethereum (ETH), Solana (SOL), XRP, Terra (LUNA), Dogecoin (DOGE), dan Shiba Inu (SHIB) susut sekitar 3%-6%.