Bitcoin (BTC) mengambil masa enam bulan sebelum merekodkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu, $66,909 pada malam tadi waktu tempatan.
ATH terdahulu, $64,863 telah direkodkan pada April, menjadikan lonjakan ini sebanyak 3% kepada paras hampir $67,000.
Bagaimanapun ketika penulisan, BTC kembali didagangkan di paras rendah pada $64,824, dengan lonjakan 1.54% dalam 24 jam.
Prestasi Bitcoin pada masa yang sama turut mendorong pergerakan positif harga altcoins:
- Nexo (NEXO): +19.08%, didagangkan pada $2.13
- Litecoin (LTC): +10.58%, didagangkan pada $206.71
- Ethereum (ETH): +8%, didagangkan pada $4,185.
- Solana (SOL): +17.40%, didagangkan pada $183.36
Satu-satunya faktor utama yang mendorong kepada pergerakan positif Bitcoin dapat dilihat pada pelancaran ETF Bitcoin oleh ProShares baru-baru ini.
Kehadiran ETF berdasarkan matawang kripto juga secara tidak langsung mampu mencetuskan pertumbuhan harga aset-aset kripto.
Lagi-lagi ini merupakan ETF Bitcoin pertama yang diluluskan oleh Securities and Exchange Commission (SEC) sejak permohonan awal dikemukakan pada 2017, sudah tentu ia mengujakan peminat dan pelabur Bitcoin.