Bitcoin (BTC) Tenang Di Paras $45,000, NEAR & LUNA Terus Meroket Tinggi!

305

Setelah bertahan di paras atas $47,000 selama empat hari pada minggu lepas, Bitcoin (BTC) kembali berlegar di kawasan $46,000-$45,000 sepanjang hujung minggu.

Sehingga ketika penulisan artikel ini, BTC didagangkan pada $46,031.35 seunit dengan lonjakan 0.29% dalam 24 jam dan susut hampir 2% untuk pemerhatian seminggu.

Namun tidak sama untuk Ethereum (ETH) kerana peningkatan harga terus direkod secara konsisten sejak minggu lepas sebelum menyentuh paras tertinggi harian, $3,581.85 pada awal pagi tadi, sekaligus menebus kembali kerugian yang direkod sejak awal Januari tahun ini.

Beberapa altcoins lain turut merekodkan prestasi yang memberangsangkan:

  • Terra (LUNA)
    • Sekitar jam 2 petang semalam (3 April), LUNA telah menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada nilai $118.10 dengan lonjakan lebih 10%.
    • Faktor lonjakan ini boleh dikaitkan dengan projek rizab Bitcoin oleh Luna Foundation Global melalui pembelian BTC bernilai lebih $10 bilion secara berperingkat.
    • Nilai semasa artikel ini ditulis: $113.86 (+0.36%).
  • Near Protocol (NEAR)
    • NEAR tidak menunjukkan tanda-tanda untuk susut setelah melonjak lebih 41% dari paras $12.55 pada 1 April sehingga $17.68 pada hari ini.
    • Faktor lonjakan harga NEAR dapat dikaitkan dengan pertumbuhan rangkaian dan kerjasama dengan acara layar terbesar, SailGP.
      • Kedua-dua pihak akan bersama-sama memperkenalkan pemilikan SailGP Team kepada sesiapa melalui organisasi autonomi desentralisasi (DAO).
      • Peluang unik untuk mendapatkan kandungan eksklusif projek melalui non-fungible token (NFT).
    • Nilai semasa artikel ini ditulis: $17.49 (+17.85%), sedikit sahaja lagi untuk menyentuh ATH terdahulu, $20.42 yang direkod pada 16 Januari.

Sementara itu, Solana (SOL), XRP, Cardano (ADA), Avalanche (AVAX), Dogecoin (DOGE), dan Shiba Inu (SHIB) mencatatkan lonjakan sekitar 0.99%-3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat