Sakan Borong Bitcoin (BTC), Terra (LUNA) Meroket Hampir 24% Catat ATH Baharu!

621

Kira-kira jam 3 pagi tadi waktu Malaysia, Terra (LUNA) mengukir paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu dengan nilai direkod $109.91, melonjak hampir 24% dari paras terendah harian, $88.86 pada 26 Mac.

Pada masa yang sama, rangkaian ini menjadi protokol DeFi yang pantas berkembang selepas mengatasi rangkaian utama seperti Binance Smart Chain (BSC).

Difahamkan lonjakan harga LUNA ada kaitan dengan pembelian Bitcoin (BTC) yang dijadikan sebagai wang perbendaharaan untuk rangkaian Terra.

Berikut rincian projek ini:

  • 25 Februari Luna Foundation Guard mengumumkan penjualan token persendirian dan berjaya mengutip keuntungan $1 bilion.
    • Usaha itu bertujuan untuk mewujudkan rizab Bitcoin bagi stablecoin, UST.
  • 14 Mac Pengasas Terra, Do Kwon mengumumkan rancangan pembelian BTC bernilai lebih $10 bilion secara berperingkat untuk dijadikan rizab bagi UST.
    • Mengapa?
      • Nilai pasaran UST sudah melepasi paras $15 bilion dan perlukan rizab yang stabil untuk mengimbangi nilainya.
  • 26 Mac –Terra mula membuat pembelian BTC yang pertama: 24,954.95 BTC bernilai $1.1 bilion.
  • 28 Mac Terra memiliki BTC bernilai $1.3 bilion selepas rangkaian itu menambah $135 juta BTC dalam empat pembelian pada hari yang sama.

Usaha Terra dengan menjadikan aset digital sebagai rizab default sehingga mencecah lebih $1 bilion menarik perhatian komuniti kripto lagi-lagi pembelian ini merupakan satu pelaburan jangka panjang.

Bukan LUNA sahaja yang pamerkan lonjakan harga, jumlah nilai terkunci (TVL) bagi Terra juga telah berkembang dari rekod sekitar $26 bilion kepada ATH terbaharu, $29 bilion!

Tidak hairanlah mengapa Terra berada di kedudukan kedua selepas Ethereum ($128.31 bilion) dan sudah atasi BSC, Avalanche, Solana, dan Fantom.

Bagaimanapun, ketika penulisan LUNA sedikit susut dari ATH tetapi masih bertahan dengan peningkatan harga hampir 3% dalam 24 jam, didagangkan pada $106.10. Manakala Bitcoin (BTC) bernilai $47,423.69, meningkat 0.20%.

Jangan cakap penulis tak payung, tulis berita lambat baru nak tulis. Dari bulan lepas lagi dah bagi hint (-_-) 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat