Terra (LUNA) Menggila Lagi, Kali Ini Disebabkan Projek Perbendaharaan Bitcoin!

592

Jika dibandingkan dengan kebanyakan mata wang kripto yang sedang mencatatkan peningkatan harga, Terra (LUNA) pamerkan bullish, menjadi aset kedua yang melonjak tinggi selepas Anchor Protocol (ANC).

Ketika penulisan, LUNA didagangkan pada $67.49 dengan peningkatan harga sebanyak hampir 22% dalam 24 jam.

Berdasarkan pergerakan harganya sejak 20 Februari, LUNA meningkat lebih 43% dari harga $47.34 ke paras tertinggi harian, $68 pada hari ini.

Rupa-rupanya, bullish LUNA didorong oleh sifatnya yang terikat dengan stablecoin ekosistem Terra, UST.

Apa yang berlaku?

Untuk pengetahuan, baru-baru ini Luna Foundation Guard telah melancarkan penjualan token persendirian dan berjaya mengutip hasil bernilai $1 bilion.

Melalui usaha tersebut, Terra mahu membangunkan perbendaharaan Bitcoin untuk UST.

Stablecoin ini acapkali berhadapan dengan dua kritikan: tindak balas dengan sentimen sekelilingnya dan situasi ketika penjualan aset tinggi hingga menyebabkan penyusutan harga LUNA dan UST.

Walaupun penerimaan UST sebenarnya sudah cukup luas untuk mengekang kesan ketidakstabilan pasaran kripto, Terra yakin kehadiran rizab desentralisasi mampu menawarkan ruang tambahan yang mengekalkan sandaran ketika penguncupan mengurangkan kebergantungan aset kepada sistem.

Dan pilihan untuk mewujudkan perbendaharaan Bitcoin untuk UST adalah kerana raja kripto ini merupakan aset yang paling tiada kaitan dengan ekosistem Terra.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Terra (LUNA) dan UST, boleh baca sini – Apa Itu Matawang Kripto Terra (LUNA)?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat