Bitcoin ‘Bullish’ Pada Tempoh Ini! – Erik Voorhees

186

“Banyak sangat ramalan BTC, sampai pelabur pun keliru nak percaya mana satu.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ShapeShaft dan penyokong tegar Bitcoin (BTC), Eric Voohees sungguh yakin aset digital tersebut mampu menyaksikan lonjakan dalam tempoh enam bulan hingga tiga tahun daripada sekarang.

Menurut Voohees, BTC berpotensi menggunung sebanyak 140% menembusi paras harga $40,000 menjelang musim panas.

Menerusi pula ciapan beliau di Bankless Shows, kejatuhan pasaran kripto mungkin akan mencapai pengakhirannya tidak lama lagi, namun keadaan mampu bertukar sebaliknya jika aset digital masih melakukan momentum negatif.

Tambahnya lagi, Voohees berpendapat pasaran kripto akan bullish selama setengah tahun berikutan tempoh itu adalah titik permulaan kebanyakan individu untuk mula berfikiran sebaliknya terhadap kripto.

Namun perlu diingatkan bahawa pasaran kripto akan didorong oleh pelbagai faktor seperti kenyataan Federal Reserve (Fed) mengenai kadar faedah, persekitaran ekonomi serta pelaksanaan peraturan.

Voorhees juga menasihatkan para pelabur untuk melindungi aset digital masing-masing melalui kaedah self-custody* agar mereka tidak terkesan apabila berlaku situasi seperti kejatuhan FTX, Three Arrows Capital dan Voyager Digital.

*Penyimpanan kunci peribadi yang membolehkan pelabur mengakses aset berasaskan blockchain dengan selamat

Selain daripada Voohees, CEO Bitwise, Hunter Horsley yakin BTC bakal mendaki tahun ini dengan menggalakkan pelabur mengaut aset digital itu ketika harganya masih rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat