Bitcoin Masih ‘Struggle’, Majoriti Kripto Catat Lonjakan 30%

502

Bitcoin (BTC) nampaknya dilihat masih lagi gagal untuk menembusi paras $33,000, dengan rekod dagangan ketika penulisan $32,697, menunjukkan penyusutan sekitar 9% sejak seminggu lalu.

Berdasarkan pemerhatian, BTC masih didagangkan antara $30,987, nilai terendah dengan $33,088, nilai tertinggi dalam 24 jam.

Penganalisis masih kekal optimis dengan BTC walaupun timbul kebimbangan jika raja kripto susut ke paras terendah bawah $32,000, bermakna harga kripto itu berada dalam krisis.

Pada masa yang sama, kebanyakan matawang kripto dengan permodalan pasaran yang rendah mencatatkan lonjakan hampir 30% dalam tempoh 24 jam.

Ethereum (ETH) misalnya mencatatkan lonjakan 15% kepada $1,426 sebelum berjaya mencatat rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $1,454 pada awal pagi tadi. Permodalan pasaran ETH juga telah meningkat kepada lebih $163 bilion.

Uniswap (UNI) pula mencatatkan peningkatan sebanyak 28.4% kepada $12.53, menjadikan permodalan pasarannya mencecah $3.5 bilion dan Aave (AAVE) melonjak 27.7% kepada $267 dengan permodalan pasaran berjaya melepasi $3 bilion.

Manakala SushiSwap (SUSHI) meningkat kepada $9 dengan lonjakan sebanyak 24.4%, menjadikan permodalan pasaran berada pada nilai $1.1 bilion dan XRP, Cardano (ADA), Litecoin (LTC), dan Chainlink (LINK) meningkat sekitar 4%-6%.

Ketika penulisan, jumlah keseluruhan permodalan pasaran mencatatkan pada nilai $981 bilion, meningkat 4.09% dalam 24 jam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat