Mengapa Litecoin Diangkat Sebagai Perak Kepada ‘Emas’ Bitcoin?

1,469

Minggu lepas Team Intraday ada memuatnaik artikel Ethereum (ETH) merampas gelaran Litecoin (LTC) sebagai perak digital ketika Bitcoin (BTC) sinonim dengan gelaran emas digital.

Pasti anda tertanya mengapa LTC digelar perak digital sedangkan ETH jauh lebih bernilai selepas BTC.

Litecoin dibangunkan oleh bekas jurutera Google, Charlie Lee dengan harapan menjadikan aset kripto itu sebagai perak kepada ’emas’ bitcoin.

Memandangkan kod di sebalik pembangunan Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto didedahkan kepada umum, Litecoin tidak ubah hasil seperti hasil copy and paste Bitcoin dengan penambahbaikan yang variasi.

Ini bermakna kedua-dua matawang kripto ini bersandarkan kepada ekosistem proof-of-work yang sama tetapi berbeza blockchain.

Disebabkan itu, Litecoin memiliki ciri transaksi dan pemindahan yang pantas, menggunakan perisian open source untuk mencipta dan memindahkan syiling, termasuk bersandarkan kepada sistem kewangan berpusat.

Maka, tidak hairanlah mengapa sejak awal penubuhan lagi Litecoin sudah diangkat sebagai perak digital kerana cirinya yang hampir sama. Malah, mustahil kedudukan itu digugat Ethereum meskipun ETH memiliki nilai yang lebih tinggi berbanding LTC.

Sekilas perbezaan dua matawang kripto ini:

BITCOIN

Had penghasilan syiling: 21 juta
Algoritma: SHA-256
Tempoh penghasilan blok: 10 minit
Halving: Setiap 210,000 blok
Ganjaran blok terdahulu: 50 BTC
Ganjaran blok terkini: 6.25 BTC
Permodalan pasaran: $445.3 bilion

LITECOIN

Had penghasilan syiling: 84 juta
Algoritma: Scrypt
Tempoh penghasilan blok: 2.5 minit
Halving: Setiap 840,000 blok
Ganjaran blok terdahulu: 50 LTC
Ganjaran blok terkini: 12.5 LTC
Permodalan pasaran: $7.72 bilion

Scrypt yang digunakan Litecoin jauh lebih efisien, menggunakan CPU (central processing units) atau GPU (graphics processing units) berbanding SHA-256 yang kompleks ketika pengguna biasa mahu melombong Bitcoin. Ini akan memudahkan pengguna biasa LTC untuk melombong tanpa sebarang kesukaran.

Litecoin buat masa ini berada di kedudukan kelima dengan nilai dagangan sekitar $116 per syiling sementara Bitcoin di kedudukan pertama dengan nilai dagangan sekitar $23,957 per syiling.

Anda boleh melabur ke dalam kedua-dua matawang kripto ini melalui Luno Malaysia, Tokenize Malaysia dan Sinegy Technologies.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat