Bitcoin Rampas Kilauan Emas, Tarik Perhatian Pelabur Sebagai Simpanan Bernilai

1,313

Tahun ini tidak dinafikan emas dan aset kripto terutamanya Bitcoin (BTC) menjadi tumpuan ketika pasaran ekonomi kegalauan.

Logam kuning mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) melebihi paras $2,050 sebelum berhadapan dengan pembetulan sebanyak 10%, susut sebelum mengukuh pada $1,800.

Pada masa yang sama, BTC setelah melonjak dua kali ganda membawa kepada rekod ATH pada $19,900.

Penganalisis JPMorgan mendedahkan terdapat peningkatan aliran modal dalam Bitcoin manakala emas pula sebaliknya. Ini membuktikan posisi emas semakin hilang kilauannya ketika BTC mengukuh.

Fenomena luar biasa ini dijangka akan berterusan, lagi-lagi ketika ini pelabur institusi dilihat mula berminat di dalam pelaburan kripto dan terpaksa berhadapan dengan undang-undang dan infrastruktur yang masih belum jelas.

JPMorgan turut menjelaskan sebanyak 0.18% daripada keseluruhan aset firma diperuntukkan dalam pelaburan Bitcoin dan yang berkaitan. Manakala 3.3% untuk peruntukan pelaburan emas.

Jika pelabur institusi mula faham Bitcoin sebagai nilai penyimpanan, tidak mustahil emas akan kehilangan nilainya hingga mencecah bilion dolar. Ini mengingatkan kepada dakwaan pengasas Gemini mengenai Bitcoin yang bernilai 10x ganda dari emas!

Pelabur terkenal, Paul Tudor Jones ada menyuarakan pendapatnya mengenai Bitcoin sebagai ‘kuda hitam’ di dalam perlumbaan era makroekonomi ini ekoran daripada keupayaan aset itu untuk menyimpan nilai dari masa ke semasa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat