Bitcoin Sempat Sentuh Paras Tertinggi $73,000 Sebelum Terjun!

469

“BTC dah naik tinggi ke $73K, jadi mestilah harganya nak berehat dulu sekejap.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya menggunung sehingga $73,000 pada 13 Mac semalam sebelum merudum secara tiba-tiba hampir 6% kemudian melantum semula di atas paras $71,000.

Kejadian tersebut telah mencairkan lebih $360 juta positions derivatif leveraged merentas semua aset digital susulan kebanyakannya betting longs pada harga, jadi di sini dapat dilihat ia adalah flush-out long terbesar sejak correction 5 Mac 2024.

Sementara address whales BTC pula mengeluarkan keuntungan secara agresif, di mana bilangan address whales BTC dengan 1,000 BTC berkurangan dan dalam dua minggu lepas, ia turut menjunam sebanyak 4.83%.

Liquidations yang besar boleh menyebabkan harga BTC mengalami pullback semula secara besar-besaran ditambah pula positions long aset digital tersebut bernilai $29.40 juta telah liquidated dalam masa 24 jam lepas.

Menurut firma perkhidmatan pelaburan kripto Matrixport, pasaran bull masih berada dalam momentum tetapi perbezaan antara RSI yang menurun dan harga BTC masih tinggi boleh memberi isyarat bahawa aset digital itu perlu melakukan consolidation terlebih dahulu sebelum mencanak semula.

Dilaporkan juga, terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) malam semalam telah naik 3.2% iaitu lebih tinggi sedikit daripada jangkaan penganalisis dan ini boleh menghalang Federal Reserve (Fed) daripada mengurangkan kadar faedah.

Namun, Aurelie Barthere yang merupakan penganalisis penyelidikan utama Nansen.ai berkata bacaan inflasi hanyalah penurunan jangka pendek untuk aset digital dan tidak mungkin beri kesan pada kenaikan harga pasaran kripto dalam beberapa minggu akan datang.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.79% pada paras $71,460 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan kenaikan 12.45% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat