Bitcoin Semput, Pelabur Beri Tumpuan Pada Altcoins Dan Token DeFi

200

Barangkali bosan dengan kedudukan Bitcoin (BTC) yang masih sama, mendorong kepada para pelabur matawang kripto beri tumpuan terhadap altcoins dan token DeFi.

Untuk pengetahuan, sudah beberapa minggu harga Bitcoin (BTC) bergerak dalam julat $850 ($10,000-$10,850) dan baru-baru ini harganya kembali susut pada harian tertinggi. Ini menyukarkan BTC untuk melonjak tinggi melepasi $11,000.

Menariknya pada waktu yang sama, altcoin bertindak pulih daripada kerugian besar yang dialami sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Mungkin pasaran ‘option‘ CME Bitcoin kini ditutup tanpa impak besar dan harga Bitcoin memasuki bulan Oktober ini berpeluang untuk melonjak lebih tinggi, sekaligus melepasi paras $11.000.

Buat masa sekarang, harga $11,000-$11,200 telah menjadi penanda aras yang sukar untuk dilepasi. Berikutan daripada situasi ini, para pelabur lebih cenderung untuk menunggu harga melepasi $12,000 sebelum membuka posisi baru.

Tiada perubahan besar terhadap harga Bitcoin. Sebaliknya, harga aset digital itu cuba untuk naik walaupun perlahan.

Jika berlaku penembusan dengan pembelian yang berterusan dari lonjakan, tidak mustahil jika harga BTC dapat mengatasi rintangan $11,000, mungkin lebih tinggi cecah $11,400.

Sementara harga BTC menyaksikan hanya sedikit lonjakan, altcoin nampaknya melonjak lebih tinggi. Polkadot (DOT) meningkat kepada 4.99%, OMG Network (OMG) naik 25.18% dan Maker (MKR) berjaya meraih 6.09%.

Walau bagaimanapun, data di CoinMarketCap menunjukkan permodalan pasaran bagi keseluruhan matawang kripto kini berada pada $343.7 bilion dan indeks dominasi Bitcoin kini di paras 57.5% berbanding lebih 60% sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat