Bitcoin Terus Menghijau, Menghampiri Sokongan Utama $18,800

345

Permulaan minggu akhir November dibuka dengan lonjakan harga Bitcoin (BTC) pada nilai direkod $18,000, melepasi dua paras rintangan $18,200 dan $18,400.

Ketika penulisan, aset kripto utama itu didagangkan pada nilai $18,555 dan berada di atas paras indikator simple moving average (SMA) 100 jam.

Rintangan terhampir bagi aset ini dilihat berada berdekatan dengan paras $18,800.

Jika Bitcoin berjaya menebusi paras tersebut, tidak mustahil akan berlaku lonjakan mendadak sehingga melepasi paras harga $19,000 dan $19,200.

Sebaliknya, jika Bitcoin gagal melepasi $18,800, berkemungkinan akan berlaku penyusutan terbaru. Paras support harga akan berada berdekatan dengan $18,250 atau lebih rendah.

Penembusan jelas di bawah sokongan tersebut dijangka akan membawa kepada penurunan lebih rendah harga kembali semula ke paras $18,000.

Paras sokongan akan berada di bawah $18,000, berdekatan dengan $17,400 dan SMA 100 jam.

Untuk menyambung trend bullish, paras rintangan utama yang perlu ditembusi Bitcoin berada pada $18,650, $18,800 dan $19,000.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat