BitMEX Dituntut Bayar Denda $100 Juta Kepada CFTC, FinCEN!

216

Platform pertukaran derivatif kripto, BitMEX dituntut untuk membayar denda bernilai $100 juta kepada Commodity Futures Trading Commission (CFTC) dan Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN) susulan daripada pengendalian platform perdagangan secara haram dan pelanggaran pencegahan penggubahan wang haram (AML).

Difahamkan BitMEX gagal melaksanakan program pengenalan pelanggan (CIP) dan kenali pelanggan anda (KYC) yang mampu mengenalpasti identiti sebenar majoriti penggunanya sama ada dari Amerika Syarikat (AS) atau luar negara.

HDR Global Trading Limited, 100x Holding Limited, ABS Global Trading Limited, Shine Effort Inc Limited, dan HDR Global Services Limited turut didakwa kerana beroperasi secara haram sebagai ‘BitMEX’.

Pada masa yang sama, BitMEX juga tidak boleh menawarkan produk derivatif di AS, termasuk mengendalikan kemudahan pertukaran tanpa mendapatkan kelulusan daripada CFTC.

Jelas FinCEN: “BitMEX telah membenarkan pengguna untuk mengakses platformnya dan menajalankan perdagangan derivatif tanpa keperluan yang ditetapkan. Mereka hanya mengumpulkan alamat emel dan gagal mengesahkan identiti pelanggan.

Pada awalnya pihak penyelia bercadang untuk mengemukakan dakwaan tersebut pada Oktober lalu. Bagaimanapun, BitMEX telah mengumumkan usaha untuk mempertahankan protokol pencegahan penggubahan wang haram dan pengawasan perdagangan.

Pada Januari, bursa tersebut mendedahkan bahawa semua posisi terbuka yang sebelum ini dipegang oleh akaun yang belum disahkan, telah ditutup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat